Monday 4 July 2011

Tajuk 2

Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafikdan teks.
  • Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.
PENGENALAN
Apa itu ‘Enjin Pencari’
  • Merupakan software yang digunakan untuk mencari maklumat.
  • ‘Enjin Pencari’ dicipta pihak tertentu bagi mencari maklumat dengan meletakkan kata kunci pada ruang yang telah disediakan.
  • Kata kunci mestilah terdiri daripada perkataan yang ringkas atau sasaran maklumat yang kita dapatkan.

Tujuan dan Jenis Enjin Pencari
Tujuan (konteks pendidikan)
  • Mencari bahan pengajaran dan pembelajaran yang interaktif.
  • Memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan.

Jenis ‘enjin pencari’

Dimanakah enjin pencari boleh didapati?
Sedar atau tidak kita seringkali menggunakan enjin pencari untuk dapatkan maklumat.
Tempat yang selalu kita dapat lihat:
  • Internet
  • Komputer atau laptop (intranet)
  • Halaman dalam Microsoft Office Word
  • Halaman dalam internet

Cara mengkategorikan maklumat
  • Video
  • Gambar
  • Ruangan
  • Lagu
  • Multi
  • Permainan
  • Perniagaan


Bagaimana mendapatkan maklumat di internet?
  1. Mengenalpasti tajuk.
  2. Memilih kata kunci mengenai tajuk / bahan yang ingin dicari.
  3. Memilih enjin pencarian yang tepat.
  4. Menyemak kesesuaian maklumat/ bahan yang dijumpai. (cuba guna enjin pencari yang berlainan)
  5. Mengulangi proses pencarian sekiranya perlu.

1. Muat turun seperti biasa
2. Pengkategorian bahan berdasarkan kemahiran bahasa

Tajuk 1

Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
  • Menggunakan web, video, audio, dan imej
  • Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
  • Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.
MENGGUNA WEB, VIDEO, AUDIO DAN IMEJ
  • Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain.
  • Yahoo dan Google adalah enjin pencari yang selalu digunakan.
  • Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.
  • Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet.
  • Kebiasaannya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi.

Contoh alamat pembekal maklumat internet:
  • www.yahoo.com
  • www.yahoo.co.uk
  • www.yahoo.com.my
  • www.google.com

  • Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com.
  • Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet.

MENGGUNAKAN KATA KUNCI, FRASA YANG SESUAI UNTUK MENDAPATKAN BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU.
Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus :

  • Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” + “masakan”. Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.
  • Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan
  • Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti “resepi
  • masakan”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda.


  • Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran.
  • Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu.
MENYIMPAN BAHAN DALAM BENTUK ALAMAT INTERNET DAN KATALOG INTERNET
  • Untuk menyimpan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.
  • Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.


  • Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.





Tajuk
Peribahasa Melayu
URL
Sinopsis
Laman sesawang yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini mengenai peribahasa Melayu. 


TAJUK

Pusat Rujukan Persuratan Melayu

URL


SINOPSIS
Carian maksud perkataan daripada kamus Dewan Bahasa

Belajar membina blog

Dalam kesibukan dengan tugas-tugas di sekolah, saya akhirnya berjaya belajar membina blog. Terima kasih kepada rakan saya Amira kerana dengan bantuannya blog ini terbina.